Kesalahan Ejaan Dan Imbuhan


1.     Pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi sesuka hati kepada pemborong ayam
2.     Pembinaan jambatan di kampung itu tergendala selama beberapa bulan kerana masalah bekalan simen
3.     Junainah hanya berdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap remeh itu
4.     Perompak yang sangat merbahaya itu berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis
5.     Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankan
6.     Walaupun telah lama berada di luar negara, sikap Daud yang keanak-anakan masih tidak berubah
7.     Satu laporan lengkap tentang kejadian kemalangan yang melibatkan basa ekspres itu diserahkan kepada Menteri Pengangkutan
8.     Kosmetik yang dibuat daripada bahan beracun tidak dbenarkan dijual di negara ini
9.     Kedudukan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburui oleh adik-beradiknya
10.                        Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debat itu kerana pihak pencadang gagal mengemukakan definisi tajuk perbahasan dengan tepat
11.                        Beraneka jenis barang dijual di kedai yang terletak di hujung jalan itu dan harga yang ditawarkan berpatutan juga
12.                        Pelancong asing yang datang ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan tarian asli yang dipertontonkan
13.                        Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disahkan oleh pihak sekolah
14.                        Kehabisan petrol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana kesuntukan masa
15.                        Peninju yang berbadan gempal itu berjaya menumbangkan pencabarnya pada pusingan yang kelima
16.                        Oleh sebab dia menghadapi masalah kewangam, dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan oleh pegawai harta tanah itu
17.                        Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradisional kerana mereka menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik
18.                        Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan gejala gangsterisme
19.                        Lepasan sekolah teknik dan vokasional akan diberikan peluang bagi menceburi diri dalam bidang perniagaan dan industri kecil
20.                        Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamerkan permainan yang menarik dan penuh semangat kesukanan
21.                        Kanak-kanak itu bertepuk tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena menyambut kemerdekaan tanah air selesai
22.                        Selepas upacara perasmian dewan, pegawai daerah itu dibawa melawat ke bilik seminar
23.                        Pendidikan prasekolah diperkenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial
24.                        Atlet yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya memenangi pingat dalam acara yang disertai
25.                        Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak
26.                        Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal diadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas
27.                        Kami singgah di Restoran Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masakan tradisional Melayu pada minggu yang lalu
28.                        Lima orang lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh
29.                        Kelayakan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibatkan diri dalam lapangan perniagaan
30.                        Majlis perlancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di ibu kota
31.                        Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan pembakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing
32.                        Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasakan undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan
33.                        Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga maruah keluarga dengan menghindarkan diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga
34.                        Penduduk Kampung Permai sedang bergotong-royong untuk memperbesarkan jalan kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah
35.                        Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah diadakan sempena hari keputeraan baginda yang ke-52 tahun
36.                        Mereka mengesali sikap pihak kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat butir-butir perjanjian
37.                        Untuk memastikan komputer sentiasa selamat sama ada daripada serang virus atau daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oelh pembekal
38.                        “Saya mempunyai kakitangan yang berpengalaman luas dalm bidang kecantikan termasuk khidmat menggunting rambut,” katanya dengan ramah
39.                        Dalam perhimpunan raksasa itu, Perdana Menteri telah menasihati rakyat supaya sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama
40.                        Untuk membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya
41.                        Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan termasuk acara boria yang akan dipersembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang
42.                        Semua agensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca sebenar yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu
43.                        Kerajaan menggubal sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil kira masa depan sector pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus dengan lebih efisien
44.                        Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesen bas ekspres telah diperkenalkan bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara kita
45.                        Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesarkan kita sehingga dewasa
46.                        Kementerian Pelajaran mendapati bahawa pelaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan dewasa

47.                        Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000 tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seluruh negara

Comments