Latihan Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
Latihan 1
Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtu akan datang. Salleh memuji dan menyokong tindakan Ani itu. Ani tersenyum bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

Latihan 2
Ani menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa lagi dan sedang keseorangan. Tuk Yahya berkata kepada Ani bahawa dia tidak boleh tinggal di situ kerana ianya bahaya sambil meneliti mata belolok Ani. Ani tetap dengan kata-katanya bahawa dia tidak mempunyai sesiapa. Tuk Yahya cuba untuk menjelaskannya tiba-tiba Ani memotongnya. Ani berkata sambil meraung bahawa dia tidak mahu tinggal di rumah kerana mungkin bom akan jatuh lagi sehingga menyebabkan datuknya sudah tiada. Tuk Yahya cuba untuk memujuknya sambil berkata yang dia masih ada Tuk Yahya dan Comot.

Latihan 3
Nizam bertanya kepada Salim yang sedang kelihatan muram. Salim menjawab dengan sayu bahawa pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan mengenai yuran peperiksaan yang belum dibayarnya. Nizam berasa hairan kerana sedangkan Salim sudah pun mendapat biasiswa dan mengapa dia tidak mahu menggunakan duit tersebut untuk membayar yuran tersebut. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswa itu telah digunakan untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke dalam hospital baru-baru ini. Nizam mencadangkan supaya Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan beritahu perkara sebenar. Tapi Salim takut kerana Cikgu Khairul garang orangnya.

  
Latihan 4
Mawi memuji keenakan mi itu lalu bertanyakan apa namanya. Felix menjawab bahawa mi itu adalah mi pedas. Mawi yang agak bingung itu menanyakan sekali lagi apakah nama mi itu yang sebenarnya. Felix menjawab jawapan yang sama sambil mengatakan bahawa Dolah berkata begitu. Akhirnya Mawi pun faham dan menanyakan bahawa adakah Felix datang ke kedai itu disebabkan hanya nak makan mi pedas. Felix mengiakan soalan Mawi kerana Felix pernah berjanji bahawa dia ingin belanja Mawi makan di situ suatu ketika dahulu.

Latihan 5
Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam. Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah. Norhayati bertanya kepada Norasyikin tentang masalah yang dihadapinya dan meminta dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung kesusahan lagipun mereka sudah lama berkawan. Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

CAKAP PINDAH KEPADA CAKAP AJUK
Latihan 1
“Kalian tahu tak bahawa sebenarnya Malaysia ini ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi,” kata Kamariah kepada Aziz dan Samad.
“Betul itu. Tambahan pula, negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang sangat indah,” tambah Samad.
“Tetapi mengapa masih ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah?” tanya Aziz yang keghairanan.
“Oh, betul tu” kata Kamariah menandakan bahawa dia setuju.
“Saya rasa mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri,” jawab Samad mengenai pendapatnya.
“Ya, saya pun rasa sebegitu,” kata Aziz yang setuju dengan pendapat Samad itu.
“Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan seharusnya memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang berkunjung ke pusat percutian mereka,” kata Kamariah menyuarakan cadangannya.
“Di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri masing-masing,” jelas Samad.
“Ya, kami setuju” kata kedua-dua rakannya itu.

Latihan 2
Mak Limah : Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?
Pak Usop : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju.
Mak Limah : Kalau sibuk dengan kerja pun, makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop : Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu.
Mak Limah : Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?

Pak Usop : Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas. 

Comments