Latihan Peribahasa

LATIHAN 1

1.     bagaikan kera mendapat bunga
=orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
-Tidak berguna kita memberi hadiah basikal ini kepadanya kerana dia bagaikan kera mendapat bunga dan tiadk menghargai pemberian kita itu.
2.     Kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
=disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulannya menjadi buruk
-Sikap Ali yang suka berbuat jahat itu menyebabkan nama baik sekolah kita tercemar kerana seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit.
3.     Burung terbang dipipiskan lada
=mengharapkan sesuatu yang belum pasti
-Janganlah terlalu berharapkan sangat keuntungan pelaburan ini bagai burung terbang dipipiskan lada kerana belum pasti lagi keuntungan anak menjelma
4.     Menegakkan benang yang basah
=cuba menegakkan sesuatu yang salah atau tidak benar
-Janganlah kamu cuba menegakkan benang basah kerana semua rakan kita telah tahu bahawa perkara itu tidak benar
5.     Bagaikan telur di hujung tanduk
=dalam keadaan berbahaya
-Sejak meminjam wang daripada along tempoh hari, hidupnya bagai tekur di hujung tanduk
6.     Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
=orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya
-Walaupun Dahlia pandai, dia sentiasa merendahkan kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7.     Bagaikan tikus jatuh di kepuk
=mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba
-Ranjit telah menjadi kaya-raya sejak berkahwin dengan anak jutawan itu dan boleh diibaratkan bagai tikus jatuh di kepuk
8.     Matinya semut kerana gula
=mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda
-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat kerana matinya semut kerana gula
9.     Air dicincang tidak akan putus
=pergaduhan di antara adik-beradik tidak akan berpanjangan dan akan berbaik semula
-Pergaduhan anak-anak Pak Samad telah pun kembali kepada asal kerana air yan dicincang tidak akan putus
10.Bagaikan embun di hujung rumput
=kasih-sayang yang tidak berkekalan
-Cinta Ali kepada Alia bagaikan embun di hujung rumput dan tidak berkekalan

LATIHAN 2

1.     Bagaikan mendukung biawak hidup
=membuat perkerjaan yang sukar dan berbahaya
-Perbuatan awak menyertai kongsi gelap itu bagaikan mendukung biawak hidup
2.     Sudah jatuh ditimpa tangga
=menerima nasib malang/kesusahan yang bertimpa-timpa / berterusan
-Hidupnya bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga kerana selepas kematian anaknya, dia juga kehilangan isterinya
3.     Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
=mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri
-Sikap Abu yang membiayai pengajian gadis itu bagaikan kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana keluarganya sendiri hidup dalam kedaifan
4.     Ditelan mati emak, diluah mati bapak
=dalam keadaan serba salah
-Sam Chong tidak tahu membuat pilihan untuk mengikut ibunya atau bapanya setelah mereka bercerai kerana ditelan mati emak, diluah mati bapa
5.     Kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
=berbuat baik kerana sesuatu sebab yang tersembunyi
-Saya tahu, Sally berbuat baik untuk memikat Mail kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6.     Bagaikan anjing dengan bayang-bayang
=orang yang tamak dan rugi
-Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang-bayang, nanti kamu sendiri yang rugi
7.     Sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
=telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja
-Saya tahu tujuan kamu datang ke rumah saya kerana sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8.     Genggam bara api biar sampai menjadi arang
=membuat kerja bersungguh-sungguh sehingga mendatangkan hasil
-Belajarlah dengan tekun hingga berjaya umpama genggam bara api biar sampai jadi arang
9.     Bagai mencurah air ke daun keladi
=perbuatan yang sia-sia
-Nasihat guru kepadanya bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia tidak pernah mahu mendengarnya
10.Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
=kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak tetapi kesalahan kita sendiri yang besar kita tidak nampak
-Janganlah asyik menyalahkan orang lain dan bersikap kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak

LATIHAN 3

1.     Bagaikan lalat mengharung najis/tahi
=di mana ada punca rezeki/keramaian, di situlah orang ramai berkumpul
-Di tempat menjual loteri itu, orang ramai berkumpul bagaikan lalat mengharung najis
2.     Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
=pembangunan yang tumbuh dengan pesat
-Sejak Putrajaya dimajukan, kawasan petempatan di Bangi semakin maju bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
3.     Sehari sehelai benang, lama-lama jadi kain
=usaha gigih yang berterusan
-JIka kita gigih berusaha, lama-kelamaan kita akan menempa kejayaan kerana sehari sehelai benag, lama-lama menjadi kain
4.     Seperti pelanduk dua serupa
=mempunyai wajah yang serupa
-Saya menegur orang itu kerana menyangkakannya Syamimi sedangkan dia hanya pelanduk dua serupa
5.     Melentur buluh biarlah dari rebungnya
=mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil
-Ibu bapa perlu mendidik anak mereka sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya
6.     Seperti ular kena palu
=barisan yang bengkang-bengkok
-Guru disiplin itu menjerit kerana terlalu marah apabila melihat barisan pelajar tersebut tidak lurus yang seperti ular kena palu
7.     Mati semut kerana gula
=mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda
-Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Johan hidup melarat kerana matinya semut kerana gula
8.     Bagai mendapat durian runtuh
=mendapat keuntungan dengan banyak
-Pada minggu lepas, Nazri mendapat durian runtuh apabila peniaga itu menghadiahkan beliau sebuah kereta baharu
9.     Umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
=dua orang yang rapat bergaul tetapi mempunyai cita-cita yang berbeza
-Walaupun Ah Keong dan Rajoo sangat rapat, tetapi masing-masing mempunyai impian yang berbeza umpama tidur sebantal mimpi lain-lain
10.Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
=mendengar sesuatu keuntungan yang belum pasti, apa yang telah ada dibuang/ditinggalkan
-Apabila mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan kerana apabila mendengar berita yang belum jelas bahawa dia akan mendapat pekerjaan baru itu, Hadi berhenti daripada kerja lamanya

LATIHAN 4

1.     Seperti menanam tebu di tepi bibir (janji yang ada sesuatu di sebaliknya)
2.     Biduk berlaku kiambang bertaut (perselisihan faham akan kembali tenang/baik semula)
3.     Bagai itik pulang petang (tiada perubahan sebelum atau selepasnya)
4.     Meriam buluh (kelihatan garang tetapi sebenarnya baik dan lemah lembut)
5.     Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia tak dapat ditutup (sesuatu berita yang tidak baik akhirnya akan tersebar juga)
6.     Seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit (seorang ahli berbuat keburukan, nama baik kumpulannya akan tercemar)
7.     Belakang parang jika diasah lagikan tajam (orang yang bodoh jika diajar akan menjadi pandai)
8.     Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah dijangka (jika tidak ada kemampuan janganlah melakukan sesuatu yang kita tidak mampu lakukan)
9.     Bagai ikan pulang ke lubuk (balik semula ke kampung halaman setelah tinggal di tempat orang)

10.Mencurah air ke daun keladi (perbuatan yang sia-sia)

Comments