Laporan Kem Koko

Laporan Kem Kokurikulum Kepimpinan Dan Unit Beruniform Di Kem Sri Raudhah

Pada 21 April yang lalu, pelajar Kolej PERMATApintar telah mengadakan kem unit beruniform di Kem Sri Raudhah, Gombak Selangor. Program ini berlangsung selama tiga hari iaitu dari 21 April sehingga 23 April yang disertai seramai 368 Kolej PERMATApintar dan beberapa guru pengiring.

Objektif program ini adalah untuk mendidik pelajar supaya lebih berdisiplin di samping mendidik semangat kepimpinan dalam diri pelajar.

Sebelum bertolak, kami berkumpul di dewan serbaguna dahulu untuk mendengar taklimat ringkas yang diberikan oleh Dr. Rorlinda. Beliau menegaskan supaya menjaga tingkah laku dan keselematan apabila  berada di kem tersebut. Selepas mendengar taklimat beliau, kami pun bertolak ke sana menaiki bas yang disediakan mengikut nama masing-masing.

Setibanya di destinasi tersebut, kami disambut oleh facilitator-facilitator yang akan menjaga kami di sana. Mereka menolong kami mengangkat barang untuk dibawa ke tapak kem tersebut. Sementara kami menunggu pelajar dari bas lain tiba, kami pun solat Asar terlebih dahulu. Kemudian, semua pelajar berkumpul di dataran kem untuk mendengar taklimat dari facilitator dan kem komander mengenai aktiviti sepanjang kem tersebut. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk urusan penginapan dan dibertikan masa untuk berehat buat seketika. Aktiviti kami pada malam itu diteruskan lagi dengan sesi suai kenal. Kami juga telah dibahagikan kepada 20 buah kumpulan untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan sepanjang kem tersebut.

Pada keesokannya harinya, kami dikejutkan pada seawal pukul empat pagi untuk bersiap-siap. Aktiviti kami dimulai pada pukul 5.30 pagi dengan solat Subuh berjemaah. Kemudian kami memanaskan badan dengan bersenam robik bersama facilitator sebelum bermulanya jungle trekking. Jungle trekking kali ini agak menyeronokkan kerana kami harus mengharungi sungai dan hutan yang tebal untuk sampai ke destinasi yang betul. Setelah puas meneroka hutan itu, kami pun dilepaskan untuk istirahat dan makan pada tengah hari itu. Kemudian, aktiviti diteruskan lagi iaitu memasak bersama kumpulan masing-masing. Kami hanya dibekalkan sebiji telur, sebatang buluh serta secawan beras untuk dimasak. Pada mulanya, semua kumpulan mengalami kesusahan apabila hendak menyalakan api. "Usaha tangga kejayaan", semua kumpulan dapat membuahkan hasil yang agak baik. Aktiviti pada malamnya pula adalah night walking. Jadi, kami semua dilepaskan di dalam hutan dan pulang ke tapak kem dengan sendirinya. Tepat jam 12 malam itu, saya pun tiba kem tersebut bersama rakan saya. Kemudian, kami dibenarkan untuk berehat.

Hari terakhir di Kem Sri Raudhah berlangsung dengan meriah sekali kerana terdapat drama yang berlangsung di antara kem komander bersama kami. Kami sempat mengalirkan air mata sebelum pulang ke Kolej PERMATApintar. Kemudian, kami pun pulang dalam keadaan keletihan.

Walaupun kem ini merupakan kem yang pertama saya sertai di KPp, namun keberhasilannya agak memberangsangkan. Saya berharap supaya program seperti ini akan dianjurkan lagi pada masa hadapan.



Dilaporkan oleh,                                                                                                        23 APRIL 2017
      Hamiezah
...............................
(HAMIEZAH ABDUL HAPIZ)
Setiausaha,
Kolej PERMATApintar,
Selangor.

Comments