Latihan Istilah dan Tatabahasa

1.     “Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan masakan yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
2.     Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat.
3.     Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.
4.     Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menggelapkan wang syarikat tersebut.
5.     Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajajah ke seluruh negeri yang dianjurkan syarikat tersebut.
6.     Beribu-ribu ayam ternakan dihapuskan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
7.     Semua mangsa tsunami kami pindahkan ke pusat penempatan sebaik sahaja diterima arahan daripada pihak berkuasa.
8.     Buku-buku Syarikat Maju Jaya laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.
9.     Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut.
10.                        Buku itu telah saya hantar ke pembelinya semalam mengikut alamat yang dicatat pada bungkusan buku tersebut.
11.                        Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya mengakhiri mesyuarat tersebut.
12.                        Pada hari ini, masalah penyalahgunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu diambil segera.
13.                        Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah lama akan dibaiki pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
14.                        Pemilik kilang yang masih berdegil membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenarai hitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
15.                        Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.
16.                        Ayat sangat menggemari makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang disaluti tepung itu.
17.                        Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, akhirnya penjenayah merbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka pengadilan.
18.                        Peminat bola sepak itu sedang berbincang tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.
19.                        Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan gesekan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
20.                        Pihak polis di negara tersebut sedang berusaha memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.
21.                        Salah seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua buah tayar kereta yang dipandunya meletup.
22.                        Setiap pagi hari minggu, ibu akan mengejutkan kami dari tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
23.                        Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi taklimat kepada kami tentang perjalanan di kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.
24.                        Mereka menempuhi berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.
25.                        Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di kawasan landasan itu.
26.                        Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah diternak di kawasan Pulau Kerdas.
27.                        Pekerja yang mengambil cuti itu menandatangani pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
28.                        Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
29.                        Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling barang seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol.
30.                        Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada berjangkit kepada orang ramai.
31.                        Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan fesyen ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.
32.                        Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari semasa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.
33.                        Rakyat diseru supaya membeli barangan tempatan untuk mengurangkan pergerakan wang ke luar negara.
34.                        Ahli pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman masa.
35.                        Kebanyakan peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berselok-belok sebelum tiba di garisan penamat.
36.                        Para peserta yang menyertai perlawanan masakan tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.
37.                        Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju kawasan perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang tergendala.
38.                        Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat berkenaan.
39.                        Nama panggilan artis yang terkenal itu ialah Mawi.
40.                        Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah dilakukannya, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar juga.
41.                        Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi pengajaran yang sewajarnya kepada orang ramai.
42.                        Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan kepada pihak pengantin perempuan.
43.                        Pengetua telah mengesahkan bahawa salinan sijil yang pemuda itu tunjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukan.
44.                        Jabatan Perhibilitan akan melakukan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu tahun setengah.
45.                        Para budayawan mestilah memerah minda bersama-sama memikirkan dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
46.                        Jika surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos laju.
47.                        Ini kerana kaedah ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.
48.                        Oleh itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar yang terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal dibuat pada mingu hadapan.
49.                        Tumpuan kini ialah kearah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari semasa ke semasa sehingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.

50.                        Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha di Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknlogi terkini untuk meningkatkan mutu barangan keluaran mereka. 

Comments