SPM 2016

Rumusan
Petikan membincangkan tentang bagaimana untuk membina semangat patriotisme dalam kalangan remaja.
Antaranya dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik melalui aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Selain itu, kita juga boleh mengadakan kempen sayangi negara. Di samping itu, media elektronik boleh menyiarkan dokumentari tentang pejuang kemerdekaan dan menayangkan filem berkaitan dengan peristiwa bersejarah. Program seperti sambutan bulan kemerdekaan boleh diadakan untuk menyemaikan semangat patriotisme dalam kalangan remaja. Untuk membina semangat patriotisme dalam diri, ibu bapa juga memainkan peranan penting. Mereka boleh meluangkan masa dengan anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah.
Antara kepentingan membina semangat patriotisme dalam diri remaja ialah agar mereka dapat mengingati bagaimana keadaan para pejuang demi membebaskan Tanah Melayu. Ianya juga penting agar lebih ramai remaja sanggup berkorban demi tanah air. Selain itu, mereka patut dipupuk dengan semangat patriotisme agar mereka dapat menghargai kebebasan yang kita alami sekarang.
Kesimpulannya, semangat patriotisme dalam kalangan remaja sangatlah penting. Oleh itu, marilah kita ramai-ramai membina semangat patriotisme dalam diri.

Bina Ayat
        i.            Beliau akan bertukar ke salah sebuah sekolah di Seremban.
      ii.            Pertukaran pelajar ke Jepun itu hanya memerlukan 15 orang sahaja.
    iii.            Ahli di dalam kumpulan Raudhah saling bertukar-tukar pendapat dan idea untuk menjayakan program tersebut.
   iv.            Kakak saya sangat berkira ketika berbelanja di pasar.
     v.            Perkiraan yang dibuat Amira itu lebih mudah difahami.
   vi.            Hafis berkira-berkira untuk mengambil cuti selama sebulan kerana ingin meluangkan masa bersama keluarga dengan bercuti ke luar negara.

Ayat sususan songsang
        i.            Ramai murid tingkatan lima menghadiri Program Strategi Kecemerlangan SPM.
      ii.            Untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan, pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi ke Seremban.
    iii.            Semasa sambutan hari keluarga yang diadakan di rumah Pak Hashim baru-baru ini, sanak-saudaranya seronok berjumpa dan berbual-bual mesra.

Kesalahan ejaan dan imbuhan
        i.            Daun pokok tanjung pernah digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami sakit kepala, jangkitan mata dan masalah resdung.
      ii.            Amalan minum air mineral, makan buah-buahan dan bersenam dapat membaiki perjalanan darah dalam badan.
    iii.            Hutan paya bakau yang menjadi tempat penyelidikan spesies hidupan laut dan ekopelancong serta kawasan melindungi burung perlulah dikekalkan.

Kesalahan penggunaan kata/istilah dan tatabahasa
        i.            Ibu rindu akan anaknya yang melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit.
      ii.            Dia menghadapi pelbagai masalah sejak berpindah ke tempat yang baharu kerana belum dapat membiasakan diri dengan penduduk kampung.
    iii.            Menteri kewangan mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemah dalam keadaan ekonomi yang tidak tenteram pada masa ini.

Maksud peribahasa
        i.            Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan – sekiranya kita bersungguh-sungguh dalam satu perkara atau dalam menyelesaikan masalah, kita pasti akan berjaya menyelesaikannya.
      ii.            Indah khabar daripada rupa – perkhabaran yang terlalu dilebih-lebihkan daripada keadaan atau rupa yang sebenarnya.

    iii.            Alah bisa, tegal biasa – perkara yang sukar apabila kerap dilakukan, atau kerap kali berlatih akan terasa mudah dan menjadi mahir.

Comments

Post a Comment