Peperiksaan Percubaan SPM Kedah 2016

a)
      i.        Sarah menatang dulang makanan untuk dibawa kepada tetamu.
    ii.        Seorang daripada orang asli itu menjinjing sebuah bakul yan dipenuhi sayur dari hutan.
   iii.        Cheong mengandar barang jualannya untuk dijual di pekan.
   iv.        Ahmad terus turun ke tanah dan menuntun neneknya ke arah dapur.
    v.        Azman mengheret guni baja itu kerana dia tidak mampu untuk mengangkatnya.
   vi.        Ibu menyorong kereta tolak adik ke dalam rumah kerana hujan sudah mulai turun.

b)
      i.        Khatijah ingin mengetahui sebab Norhayati tidak datang ke sekolah pada hari sebelumnya.
    ii.        Khatijah meminta maaf daripada Norhayati dan menjelaskan bahawa dia ada hal di rumahnya.
   iii.        Khatijah ingin tahu sebab Norhayati tidak ke sekolah dan meminta Norhayati menceritakan kepadanya.
   iv.        Khatijah menegaskan bahawa sekiranya timbul masalah, mereka akan menyelesaikannya bersama-sama.
    v.        Norhayati menjelaskan bahawa ibunya sedang sakit dan sudah seminggu terlantar di hospital.
   vi.        Khatijah terkejut mendengar berita tersebut lalu mendoakan ibu Norhayati agar cepat sembuh.

c)
Kesalahan ejaan:
      i.        kuih muih – kuih-muih
    ii.        menggembeleng  - menggembleng
   iii.        balasungkawa – belasungkawa

Kesalahan ejaan:
      i.        berhormat – kehormat
    ii.        menghadkan – mengehadkan
   iii.        hilang – kehilangan

d)
Kesalahan penggunaan kata:
      i.        dimasyhurkan – dinobatkan / diisytiharkan
    ii.        menjelma – menjelang
   iii.        jamuan – santapan

Kesalahan tatabahasa:
      i.        daripada – oleh
    ii.        Hasani Pasar Raya – Pasar Raya Hasani
   iii.        dua setengah jam – dua jam setengah

e)
      i.        Siti menjadi tulang belakang keluarganya setelah kehilangan ayah mereka.
    ii.        Alia telah mendapat anak buah baharu pada petang kelmarin.


   iii.        Roslan sedang mencari jalan mengenai konflik keluarganya.

Comments