Peperiksaan Percubaan SPM Perak 2016

a)
      i.        Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
    ii.        Amira merupakan calon menantu pilihan Datin Normah.
   iii.        Pemilihan Ariff sebagai ketua kelas 5 Tuah tidak disukai oleh Amin.
   iv.        “Tukar baju adik yang yang sudah kotor itu,” kata emak.
    v.        “Tukaran syiling dua puluh sen bagi RM 1.00 ialah lima keping,” kata Zainal kepada Jamil.
   vi.        Penukaran hak milik tanah Haji Salleh kepada isterinya itu telah tertulis dalam wasiatnya.





b)
      i.        Alia memberitahu sahabat baiknya Julia bahawa dia bercadang untuk menyertai pertandingan nyanyian yang diajurkan oleh sebuah syarikat rakaman.
    ii.        Julia menyokong hasrat Alia itu dengan menyatakan bahawa dia tahu suara Alia memang merdu dan perlu diketengahkan.
   iii.        Alia menyatakan kebimbangannya sekiranya ibu bapanya tidak mengizinkannya menyertai pertandingan itu.
   iv.        Alia meminta pandangan Julia tentang cara dia hendak mendapatkan keizinan daripada ibu bapanya.
    v.        Julia memberi cadangan kepada Alia agar memberitahu ibu bapanya bahawa dia mempunyai harapan untuk menang dalam pertandingan itu dan berjanji akan menjaga nama baik diri dan keluarganya.
   vi.        Alia bersetuju dengan cadangan Julia itu dan menjelaskan bahawa dia akan mencuba cadangan yang diberikan oleh Julia itu.

c)
Kesalahan ejaan:
      i.        deligasi – delegasi
    ii.        karisme – karisma
   iii.        berlipatganda – berlipat ganda

Kesalahan imbuhan:
      i.        diberi – diberikan
    ii.        memikulkan – memikul
   iii.        menjanjikan – dijanjikan

d)
Kesalahan kata atau istilah:
      i.        tersangkut – tersekat
    ii.        tolong-menolong – gotong-royong
   iii.        persekolah – pembelajaran


Kesalahan tatabahasa:
      i.        di dalam – ke dalam
    ii.        di kalangan – dalam kalangan
   iii.        lain-lain faktor – faktor-faktor lain


e)
      i.        Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
    ii.        Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
   iii.        Berjalan perliharakan kaki, berkata peliharakan lidah

Comments