Peperiksaan Percubaan SPM Terengganu 2017


Soalan 2 (a) – Petikan Umum

       i.            Maksud rangkai kata menangani migrasi ialah mengatasi penghijrahan.
     ii.            Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana ialah masalah pemasara, produktiviti dan teknologinya yang rendah serta masalah lokasi.
  iii.            Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum saya membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan melalui kemudahan ini ialah dengan membuat perbandingan harga barangan antara peniaga atas talian agar dapat membeli barangan dengan harga yang lebih rendah. Saya juga perlu memastikan bahawa barangan yang ingin dibeli berkualiti dan sesuai dengan harga yang ditawarkan supaya tidak menyesal kelak hari.


Soalan 2 (b) – Petikan Drama

       i.            Maksud melanggar hukum ialah tidak mengikut peraturan.
     ii.            Cara-cara memabantu rakan yang sakit di sekolah ialah dengan memberitahu mana-mana guru mengenainya ataupun menelefon ibu bapanya dan memberi pertolongan apa yang patut.
  iii.            Satu perwatakan Azmir dalam petikan ialah seorang yang berterus terang. Azmir berterus terang bahawa dia tidak menyukai Pak haji. Satu perwatakan lain daripada cerpen tersebut pula ialah seorang yang menghargai jasa orang lain. Azmir menghargai petani, nelayan dan buruh yang telah menyumbang demi kesejahteraan hidup orang lain.

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

       i.            Maksud rangkai kata terlalu sukacit hatinya ialah sangat gembira perasaannya.
     ii.            Reaksi Patih Gajah Mada selepas mendengar kata-kata Kertala Sari ialah terlalu sukacita dan bersuka-sukaan.
  iii.            Sebab Patih Gajah Mada ingin menyempurnakan pesanan tersebut ialah beliau ingin membela nasib Kertala Sari yang kematian ayah. Beliau juga juga mahu Kertala Sari mendapat hak yang sepatutnya.

Soalan 2 (d) – Sajak

       i.            Generasi muda perlu memikul amanah untuk mempertahankan negara agar kecemerlangan negara terus dipacu di peringkat antarabangsa. Ia juga dapat membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati.
      ii.            Antara usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mempertahankan kemerdekaan negara ialah melibatkan ibu bapa yang hendaklah mendidik anak-anak sejak kecil lagi agar mempunyai semangat cinta akan negara kita. Kerajaan juga perlu mengambil bahagian dengan mengadakan kempen kesedaran agar seluruh rakyat mempunyai semangat untuk mempertahankan kemerdekaan negara.
    iii.            Antara persoalan selain daripada tanggungjawab mempertahankan negara ialah persoalan menghargai jasa nenek moyang dalam membangunkan negara. Penyajak mengajak kita menghargai jasa nenek moyang yang banyak berjasa dalam mewariskan tanah air yang aman. Seterusnya ialah persoalan kepentingan perpaduan dalam memastikan keamanan negara terpelihara. Dalam sajak tersebut, penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.

Comments