Latihan Tatabahasa September 2018



Soalan 3(a)

        i.            Rahmat berjalan pulang ke rumahnya setelah berakhirnya sesi persekolahan.
      ii.            Jualan gerai makan di Kuala Lumpur mendapat agak banyak pulangan berbanding gerai makan di kampung.
    iii.            Azfa Hanani berani memulangkan buku perpustakaan yang diambilnya.
   iv.            Pihak sekolah telah mansuh mengenai program lawatan sambil belajar itu.
     v.            Pemansuhan Kelab Sukarelawan telah menyukarkan kerja-kerja pihak pentadbiran apabila mengendalikan sesebuah program.
   vi.            Pihak atasan akan memansuhkan peperiksaan Pendidikan Kesihatan pada tahun 2020.

Soalan 3(b)

Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya. Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar. Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan Daniel menjawab semua soalan fizik sebentar tadi. Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja  baginya. Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berkongsi rahsia tersebut. Daniel menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rahsia, cuma mengulangkaji pelajaran dan belajar dengan abangnya sahaja.

Soalan 3(c)

        i.            Meletak- meletakkan
Pelangan- pelanggan
      ii.            Akaun- perakaunan
Tersuhur- tersohor
    iii.            Mendalamkan- mendalami
Berteknoloji- berteknologi

Soalan 3(d)

        i.            meluas – menyeluruh
ibu bapa awasi – diawasi oleh ibu bapa
      ii.            merempuh - menempuh
di – pada
    iii.            pemberian - pendermaan
supaya - untuk

Soalan 3(e)

(i)                Bagai aur dengan tebing
(ii)              Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
(iii)            Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat




Soalan 3(a)

        i.                        Tulisan Nani yang bagaikan cakar ayam itu sukar dibaca oleh guru.
      ii.                        “Comot yang mencakar sofa kesukaan ibu”, kata Sofia kepada ibunya.
    iii.                        Kucing –kucing jalanan itu saling bercakaran sesama sendiri untuk merebut sisa makanan di tong sampah.
   iv.                        Bunyi bising dari rumah sebelah membuatkan adik terbangun dari lenanya.
     v.                        Sila berhenti apabila sistem amaran pintu pagar berbunyi.
   vi.                        Perkataan singgang dan senggang hampir-hampir sebunyi.


Soalan 3(b)

Siti menanyakan kepada Faiz tentang punca dia tidak menghadiri latihan zapin pada hari semalam. Faiz menyatakan bahawa dia terjatuh di tangga semalam. Selanjutnya, Siti menanyakan Faiz tentang sebab dia terjatuh di tangga. Faiz menyatakan bahawa dia tidak menyedari bahawa ada satu anak tangga selagi sewaktu dia menurun tangga di rumah datuknya. Siti menyarankan kepada Faiz supaya dia pergi berurut dengan guru untuk membetulkan urat sarafnya. Faiz bersetuju menjelaskan bahawa dia akan pergi berurut kampung sebelah pada waktu petang nanti.

Soalan 3(c)

        i.            Kriatif- kreatif
Mentakrifkan- ditakrifkan
      ii.            interpersonal- interpersonal
Pembentukan- membentuk
    iii.            goring- goreng
Menghasil- menghasilkan

Soalan 3(d)

        i.            sangat penting sekali- sangat penting
      ii.            kekotoran- keracunan
    iii.            peralatan-peralatan- peralatan
   iv.            berkuantiti-  berkualiti
     v.            bukan- tidak
   vi.            habis- luput

Soalan 3(e)

        i.            Orang lain makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
      ii.            Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua
    iii.            Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Comments