Kosa Kata Dalam Penggunaan Ayat
1.
POLEMIK - Akhir-akhir ini,
isu lumba haram kerap menjadi polemik dalam kalangan
masyarakat.
2.
MARHAEN - Golongan marhaen tidak
diabaikan oleh kerajaan dalam usaha mentransformasikan ekonomi ke arah negara
berpendapatan tinggi.
3.
KULAWARGA - Kulawarga yang
harmonis mampu membentuk anak-anak bersahsiah mulia.
4.
DASAWARSA - Dasawarsa ini,
hubungan kejiranan semakin diabaikan terutama dalam kalangan masyarakat
metropolitan.
5.
IKHTISAR - Pelajar perlu
memberikan ikhtisar yang mantap sewaktu pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
6.
AMSAL/TAMSIL - Amsalnya,tabiat menabung
bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat.
7.
WASILAH - Seseorang pelajar
tidak wajar melupakan wasilahyang terjalin dengan guru.
8.
NIRMALA - Pada pagi
yang nirmala ini, saya akan menyampaikan syarahan
bertajuk, Budi Bahasa Budaya Kita.
9.
SAKINAH - Ajaran agama yang
diterapkan dalam keluarga mampu menjamin sakinah berpanjangan.
10.
SINERGI - Akhir kalamnya,
rakyat dan kerajaan perlu bersinergiuntuk merealisasikan
pelancongan inap desa menjadi pilihan kalangan rakyat Malaysia.
11.
USLUB /
MINHAJ / MANHAJ - Membaca merupakan uslub berkesan
untuk menambah ilmu pengetahuan dalam kalangan pelajar.
12.
PRAKARSA - Prakarsa perdana
dalam membanteras gejala lumba haram ialah pemantauan ibu bapa di rumah.
13.
AFORISME - Kasih sayang yang diberikan oleh ibu
bapa terhadap anak-anak bertepatan dengan aforisme, melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
14.
SIRNA – Rasa
perikemanusiaan semakin sirna daripada sanubari generasi pelajar pada hari ini.
15.
JAGATRAYA - Malaysia terkenal di jagatraya sebagai
sebuah negara yang memiliki keunikan budaya dan keindahan alam.
16.
SEANTERO - Seantero dunia akan
memandang tinggi negara Malaysia jika kita Berjaya mengekalkan
warisan sejarah rakyat Malaysia.
17.
OBLIGASI - Sudah menjadi obligasi setiap
rakyat Malaysia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
18.
MAYAPADA/MARCAPADA - Mayapada, isu kemalangan
remaja kerap disiarkan dalam media massa.
19.
MAPAN - Sudah terang lagi bersuluh, kempen
merupakan prakarsamapan yang mampu mengatasi gejala
lumba haram.
20.
SEYOGIA - Seyogia golongan
remaja tidak terlibat dengan aktiviti subversif yang akan mencalarkan imej
negara.
21.
SEMENTELAHAN - Sikap tidak ambil
peduli merupakan punca hubungan kejiranan semakin renggang sementelahan kesibukan
bekerja menyebabkan komunikasi antara jiran semakin terbatas.
22.
MAUDUK - Mauduk syarahan
yang akan saya sampaikan ialah, Ciri-ciri Rakan yang Menjadi Pilihan Saya.
23.
PADAU - Sebelum padau perbincangan
saya gali lebih dalam, molek kiranya saya mulakan dengan pendefinisian tajuk
terlebih dahulu.
24.
TEGAR - Pihak Kementerian Pelajaran gusar
kerana ramai pelajar sekolah kini menjadi perokok tegar.
25.
KONGKALIKUNG - Sekumpulan
pelajar SMK Lepar Hilir berkongkalikung ponteng
sekolah di ladang kelapa sawit.
26.
MENYISIR - Sebelum saya menyisir usul
perbahasan dengan lebih dalam, izikan saya mendefinisikan terlebih dahulu frasa
demi frasa.
27.
MAHMUDAH - Sifat mahmudah jika
diaplikasi dalam kehidupan akan merubah personaliti remaja agar menjadi remaja
cemerlang dan terbilang.
28.
GEMULAH - Sewajarnya kita mencontohi sifat gemulah terdahulu
yang sanggup mempertahankan warisan bangsa agar dapat dinikmati oleh anak cucu.
29.
CERITERA - Sebagai remaja berwawasan, kita
sepatutnya tidak terpengaruh dengan ceritera palsu
yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat.
30.
INTI PATI - Perlembagaan Persekutuan Malaysia
merupakan inti patiyang wajar difahami dan dihayati
oleh seluruh warga Malaysia.
31.
BERIJTIHAD - Remaja mesti
mengkaji sesuatu isu agar mampu berijtihad apabila
ditanyakan tentang sesuatu isu oleh orang luar.
32.
MENGHADAP - Kita perlu menghadap serta
mendepani sesuatu perkara dengan cara yang rasional.
33.
BELASUNGKAWA - Kami
mengucapkan belasungkawa kepada keluarga Ali
atas kematian anak tunggal mereka.
34.
KENDATIPUN - Kendatipun pendapatan
kita sekadar cukup-cukup makan, kita seharusnya menyimpan sebahagian daripada
pendapatan sebagai tabungan.
35.
SIGNIFIKAN – Langkah-langkah signifikan perlu dilakukan untuk membasmi
gejala lumba haram dalam kalangan remaja.
36.
TERAMPIL - Sifat terampil merupakan
ciri yang perlu ada pada seorang remaja yang berwawasan.
37.
PROGNOSIS - Prognosis yang tepat
dalam menilai keperibadian rakan sebaya perlu ada dalam memilih rakan sebaya.
38.
PROKLAMIR - Kerajaan telah memproklamir Melaka
sebagai Bandar Raya Bersejarah.
39.
TRAGEDI - Menjadi suatu tragedi yang
menyedihkan apabila golongan remaja yang terlibat dengan lumba haram mencambah
biak gejala sosial lain seperti seks bebas dan penagihan dadah.
40.
KULAWARGA – “Kulawarga dewan sekalian, tajuk pidato saya pada hari ini ialah Peranan Remaja
dalam menyemarakkan semangat kejiranan.”
41.
JALUR LEBAR - Kemudahan jalur lebar yang
disediakan oleh kerajaan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.
42.
NIHILISME - Remaja yang terlibat dalam gejala
sosial mengamalkan nihilisme dalam kehidupan mereka.
43.
MOBILITI - Masyarakat berilmu pengetahuan akan
bermobiliti kea rah kecemerlangan.
44.
HEDONISME - Remaja perlu dinasihati agar tidak
mengamalkan budaya hedonisme dalam kehidupan mereka.
45.
FRANCAIS - Agensi pelancongan boleh
mengaplikasikan konsepfrancais untuk mempopularkan
produk dan perkhidmatan mereka kepada pelancong asing.
46.
SAF - Remaja perlu menyusun saf agar
dapat bergerak seiring menangani gejala lumba haram yang semakin mencengkam
pada hari ini.
47.
PARADIGMA - Kita perlu melakukan anjakan paradigma untuk
merubah senario negatif yang membelenggu golongan muda negara ini.
48.
KODIFIKASI – Remaja yang berpengetahuan mampu melakukan kodifikasi apabila
membaca bahan bacaan daripada pelbagai sumber.
49.
ENTENG - Sikap
masyarakat yang memandang enteng gejala ponteng
sekolah menyebabkan golongan remaja beraja di mata , bersultan di hati.
50.
CAKNA - Ibu bapa perlu cakna akan
perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak mereka.
51.
TUNTAS - Tuntasnya, Dasar 1 Murid 1
Sukan mampu memupuk minat bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah.
52.
IZHAR - Izharnya, golongan orang
kurang upaya turut membantu perkembangan ekonomi negara Malaysia.
53.
AFDAL - Prakarsa yang afdal bagi
menggalakkan anak-anak menabung ialah ibu bapa membuka akaun simpanan di bank
untuk anak-anak.
54.
JERAYAWARA – Jerayawara secara progresif perlu diadakan ke seluruh negara bagi menerangkan
keburukan gejala lumba haram.
55.
REKAYASA - Guru yang berkesan mampu
melakukan rekayasa melalui
pelbagai medium dan kaedah pengajaran di dalam kelas.
56.
EGOSENTRIK - Sikap egosentrik
yang ada di dalam diri menyebabkan masyarakat bandar tidak mengamalkan semangat
kejiranan.
57.
ADIWANGSA - Remaja yang mampu menongkah arus
kebejatan sosial akan menjadi adiwangsa yang
mengharumkan nama negara.
58.
EGALITARIANISME - Konsep 1 Malaysia
mampu merealisasikan egalitarianisme dalam
pembudayaan budaya dan bahasa.
59.
ATMA - Sementelahan, generasi muda pada hari
ini mengalami gangguan atma sehingga menyebabkan
mereka tidak memikirkan baik buruk sesuatu perkara.
60.
BOBROK
– Masyarakat yang bobrok akhlaknya
akan merugikan negara.
61.
PENGITLAKAN - Sebagai pengitlakan,
kita seharusnya berganding bahu memulihara bangunan bersejarah untuk memastikan
generasi hari muka dapat mewarisinya.
62.
EFISIEN - Langkah yang efisien mampu
memperkasakan pendidikan vokasional di negara ini.
63.
GELANDANGAN - Amalan menabung
sejak kecil mampu merubah kehidupan gelandangan menjadi
lebih baik.
64.
MUASIR - Muasir ini, budaya
membaca dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat.
65.
SIMBIOSIS - Sememangnya simbiosis antara
kerajaan dengan rakyat mampu menghasilkan sinergi yang merubah senario
masyarakat.
66.
PIDANA - Anak-anak terdorong untuk
melakukan pidana dek galakan rakan-rakan sebaya.
67.
NINGRAT - Remaja seharusnya berusaha menjadi
golongan ningratyang akan membanggakan nama ibu bapa dan
negara.
68.
JEMBEL - Seharusnya kita membantu
negara-negara jembel di Afrika yang mengalami
krisis makanan.
69.
MURBA - Sebagai golongan murba,
kita seharusnya menyokong Dasar 1 Murid 1 Sukan.
70.
PROLETAR
- Kita
seharusnya memerangi gejala buli dan ponteng sekolah kerana kita tidak mahu
melihat generasi akan datang menjadi masyarakat proletar.
Gramatis
1
1.
ANANI – Dalam
kehidupan bermasyarakat, sifat anani
tidak wajar diamalkan.
2.
BINTAT –
Lengannya bintat kerana
digigit nyamuk.
3.
CENGKIL –
Dia perlu berhati-hati apabila berada di rumah Zulaikha kerana bapanya cengkil.
4.
DAMPIT - Jika
mahu berjaya dalam pelajaran, janganlah dampit.
5.
EKSTRADISI – Tidak semua negara di dunia ni yang membuat
perjanjian ekstradisi dengan
Malaysia.
6.
GASAR –
Kanak-kanak perlu dilatih oleh ibu bapa dengan adab berinteraksi dengan orang
lain agar tidak menjadi gasar
apabila meningkat remaja.
Gramatis 2
1. KENTARA - Bandar raya itu begitu kentara
dari puncak bukit.
2. LANCIP - Bentuknya yang lancip
menjadikan lembing itu meluncur laju.
3. MAJAL - Golok dan parang menjadi majal
jika terbiar di luar rumah.
4. NYELAP - Rosnah nyelap
beberapa kali sejak pulang dari pulau itu.
5. OMPONG - Bawalah ompong
apabila melawat pesakit.
6. PALEN - Setiap peserta kursus
perlu menyediakan palen secukupnya.
GRAMATIS 3
1. RANTAM - Tugasan itu dapat kami
siapkan secara rantam.
2. SAGUR - Suatu ketika dahulu
perahu sagur digunakan untuk mengangkut hasil-hasil tanaman.
3. TAKZIM - Pengacara majlis itu
dapat menjalankan tugas dengan penuh takzim.
4. TETUA - Dia cuba menghilangkan tetuanya
dengan menggunakan krim itu.
5. UNGKAL - Masih ada murid yang ungkal
walaupun segala peraturan itu untuk kebaikan.
6. VILA - Bintang filem itu membina
sebuah vila di kaki
Gunung Ledang.
Comments
Post a Comment