Variasi Bahasa

1.
a)Wacana merupakan unit bahasa yang melebihi batasan ayat. Ia juga merupakan satu-satuan bahasa yang berurutan yang lengkap dan terdiri daripada dua atau beberapa ayat atau sejumlah ayat dan seangkatan dengannya.

b) Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat.
    Di samping itu, saya turut menyertai pertandingan deklamasi sajak semasa kem tersebut.
    Akhir sekali, saya akan mengakhiri dengan serangkap pantun.

2. Kohesi ialah hubungan atau jalinan yang erat antara kata, frasa, dan ayat untuk menghasilkan wacana yang utuh. Contohnya : Kamal dan Shahira berasa gembira. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

3. Kesinambungan antara 'sebagai' dan 'beliau' menunjukkan bahawa penanda wacana yang digunakan ialah penanda rujukan. Penanda rujukan ialah hubunagn antara kata dengan benda yang dirujuk. Ia juga boleh terdiri daripada kata ganti nama diri.

Comments