Laporan International Future Scientist Conference (iFSC) 2019

Laporan International Future Scientist Conference (iFSC) 2019


     Pada 8 sehingga 11 Julai 2019, Kolej PERMATApintar Negara telah mengadakan sebuah program persidangan pembentangan penyelidikan. Program ini telah berlangsung selama empat hari. Program ini bukan hanya disertai oleh pelajar Kolej PERMATApintar sahaja malah para pelajar daripada seluruh Malaysia. Tambahan pula, terdapat lima kumpulan penyelidikan daripada Shibata High School, Jepun, serta dari Kazakhstan iaitu Nazabayar International School yang turut menyertai program tersebut. Peserta-peserta telah melakukan yang terbaik dan program ini telah berjalan dengan jayanya.

     Objektif program tersebut adalah untuk memupuk dan mendedahkan kepada para pelajar tentang penyelidikan yang merupakan elemen penting dalam akademik. Persidangan ini diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk membentangkan segala hasil dan usaha dalam melaksanakan penyelidikan yang telah mereka lakukan.

     Pada 5 Julai 2019, raptai bagi program tersebut telah diadakan sepanjang hari tersebut. Persediaan yang begitu rapi telah dilakukan bagi menjamin perjalanan majlis yang lancar. Para peserta mula menghias ruang pameran penyelidikan mereka bermula daripada pagi hingga ke penghujung hari. Majlis bermula pada pukul 9 pagi, setelah menunggu ketibaan tetamu-tetamu jemputan. Para peserta telah mendaftar di kaunter pendaftaran di dalam audiorium sebelum bermulanya majlis pembukaan. Ucapan pembukaan telah diberikan oleh Profesor Datuk Dr. Noriah Mohd Ishak, Pengarah Kolej PERMATApintar Negara dan majlis dirasmikan oleh Dr. Professor Emerita Dr. Mazlan Othman selaku pengarah International Science Council. Majlis tamat dengan persembahan daripada kumpulan mini orkestra Kolej PERMATApintar Negara.

    Pada hari ketiga program, para peserta dikehendaki untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka kepada para juri untuk diadili. Sesi pemarkahan telah berlangsung seawal jam 9.00 pagi di auditorium Kolej PERMATApintar Negara. Mereka telah melakukan sehabis baik dan para juri berpuas hati dengan semua peserta yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan setiap projek yang dilakukan. Pada sebelah petang pula, para peserta dan pelajar Kolej PERMATApintar Negara dikehendaki untuk menghadirkan diri ke auditorium bagi mendengar ceramah atau taklimat tentang penyelidikan. 

    Pada hari terakhir program, program bermula dengan ceramah daripada Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie bin Sheikh Mustapha yang bertajuk 'Reaching for The Star' yang  disertai oleh para peserta dan pelajar Kolej PERMATApintar Negara. Pada pukul 10.00 pagi, bermulanya majlis penutupan International Scientist Conference 2019. Para peserta berasa sungguh gementar dengan keputusan yang bakal diumumkan. Mereka berasa gembira dan berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi. Majlis berakhir dengan persembahan daripada pelajar-pelajar daripada kelab persembahan Kolej PERMATApintar Negara.

    Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari ilmu penyelidikan di samping mengasah bakat dan skil pembentangan kepada orang ramai. Program ini juga melatih pelajar untuk menjadi lebih yakin semasa bercakap atau mengajukan pendapat dikhalayak ramai. Secara tidak langsung, program ini mampu memberi sumbangan kepada negara dalam sektor penyelidikan dan perkembangan teknologi negara. 

    Saya berharap program ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dan tahun seterusnya. 

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,                                                                                                        12 JULAI 2019
         hamiezah        
(HAMIEZAH BINTI ABDUL HAPIZ)
Setiausaha Kelab Publisiti,
Kolej PERMATApintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia.






Comments